Wednesday 26 November 2014

KEPUTUSAN PEPERIKSAAN UPSR

Tahniah kepada semua pelajar SK Sungai Bakau yang mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan UPSR.



Untuk melihat gambar selanjutnya sila klik di sini.

Monday 24 November 2014

KEPUTUSAN PEPERIKSAAN UPSR 2014


LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN

Untuk maklumat guru-guru latihan dalam perkhidmatan Modul Perekodan Offline akan di adakan pada 25 November 2014 bermula pukul 8.30 pagi hingga 12.00 tengahari bertempat

Bahasa Malaysia ,Bahasa Inggeris, Pendidikan Islam ,Bahasa Arab  bermula 8.30 - 9.30 pagi
Modul Perekodan Offline 9.30 pagi hingga 12.00 tengahari.

Friday 21 November 2014

DEMONSTRASI PENCEGAHAN KEBAKARAN 2014

Demonstrasi pencegahan kebakaran oleh pegawai bomba dan penyelamat Nibong Tebal pada pagi tadi. 21 November 2014


Untuk melihat gambar selanjutnya sila klik di sini.

TAKLIMAT WARIS PRA SEKOLAH

Taklimat waris yang diadakan di pra sekolah untuk infomasi persekolahan tahun 2015.




Thursday 20 November 2014

Majlis Hari Anugerah Cemerlang SK Sungai Bakau.



Untuk melihat gambar sekitar Majlis Anugerah Cemerlang SK Sungai Bakau sila layari laman facebook sekolah atau sila klik disini.

Tuesday 18 November 2014

HARI ANUGERAH CEMERLANG SK SUNGAI BAKAU 2014

Hari anugerah cemerlang SK Sungai Bakau akan di adakan pada hari Khamis ini , bersamaan 20 November 2014 bertempat di dewan terbuka Sk Sungai bakau. Dijemput semua hadir bagi memeriahkan majlis. 

Thursday 16 October 2014

TAKLIMAT PERMOHONAN ATAS TALIAN KE TINGKATAN 1 DAN 4 SEKOLAH BERASRAMA PENUH TAHUN 2015 BERSAMA WARIS PELAJAR

Gambar semasa taklimat bersama waris mengenai cara mengisi maklumat dalam sistem permohonan atas talian ke tingkatan 1 dan 4 sekolah berasrama penuh  bagi tahun 2015. Taklimat diadakan di makmal komputer SK Sungai Bakau.




                    

Wednesday 15 October 2014

TAKLIMAT SISTEM PERMOHONAN ATAS TALIAN KE TINGKATAN 1 DAN TINGKATAN 4 SEKOLAH BERASRAMA PENUH TAHUN 2015

Taklimat mengenai sistem permohonan atas talian untuk ke tingkatan 1 dan tingkatan 4 sekolah berasrama penuh tahun 2015 , akan diadakan di Makmal Komputer Sk Sungai Bakau bersama-sama dengan waris pelajar.

Tarikh : 16. Oktober.2014
Hari : Khamis
Masa : 12.00 tengahari
Tempat : Makmal Komputer Sk Sungai Bakau

Di jemput semua waris untuk bersama-sama hadir ke taklimat yang akan diadakan.


Saturday 11 October 2014

Majlis Kenduri Korban SK Sungai Bakau 2014

Majlis diadakan di Sekolah Kebangsaan Sungai Bakau pada hari Khamis, 9 oktober 2014. Ribuan terima kasih diucapkan kepada semua individu yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung pada majlis tersebut.


Untuk melihat gambar sepanjang majlis diadakan sila layari laman facebook sekolah www.facebook.sksgbakau

Thursday 25 September 2014

Bas Pintar

Pameran melalui Bas Pintar dari Pintar Foundation . Diadakan pada 25 September 2014, di dataran SK Sungai Bakau bermula pada pukul 8.00 pagi hingga 1.00 Tengahari.


Untuk melihat gambar-gambar sepanjang pameran di adakan sila klik disini

MAJLIS SAMBUTAN HARI SUSU SEKOLAH SEDUNIA (PS1M)

Majlis sambutan Hari Susu Sekolah Sedunia (PS1M) diadakan di dewan terbuka SK Sungai Bakau , pada 24 September 2014 pada pukul 9.00 pagi. Majlis Pelancaran oleh En. Shuhaimi bin Abd Hamid ( Penolong Kanan Hem SKSBa)


Untuk melihat gambar Majlis Sambutan Hari Susu Sekolah Sedunia sila Klik Disini



Monday 8 September 2014

SEMOGA BERJAYA DALAM PEPERIKSAAN UPSR

Selamat menghadapi peperiksaan UPSR kepada seluruh pelajar tahun 6 terutama sekali pelajar-pelajar dari Sekolah Kebangsaan SK Sungai Bakau.

Wednesday 3 September 2014

PERTUKARAN GURU ANTARA BAHAGIAN / NEGERI, ANTARA DAERAH DAN DALAM DAERAH SESI JANUARI 2015

Permohonan Pertukaran Guru antara Negeri, Bahagian dan Dalam Negeri (Antara daerah dan dalam Daerah) bagi pertukaran Januari 2014 melalui Sistem e-Gtukar akan dibuka mulai 1 hingga 30 September 2014. Pemohon boleh mengakses Aplikasi e-Gtukar ini melalui laman Web Kementerian Pelajaran Malaysia seperti berikut:-

http://apps.moe.gov.my/epgo/

Monday 25 August 2014

MISI SEKOLAH SK SUNGAI BAKAU

MEMASTIKAN PENCAPAIAN YANG CEMERLANG 
DALAM BIDANG KURIKULUM DAN KOKURIKULUM
SERTA MELAHIRKAN MODAL INSAN YANG BERKETERAMPILAN 
DI SAMPING MEMANFAATKAN GUNA TENAGA
WARGA SEKOLAH DAN KOMUNITI
DALAM MEWUJUDKAN SUASANA KONDUSIF
 KETAHAP OPTIMUM SELARAS DENGAN FALSAFAH
PENDIDIKAN KEBANGSAAN 


SEJARAH SEKOLAH SK SUNGAI BAKAU





Sekolah Kebangsaan Sungai Bakau ditubuhkan pada tahun 1985. Nama asalnya adalah Sekolah Kebangsaan Sungai Bakau Cawangan Sungai Acheh .

Luas sekolah adalah di atas tanah lot seluar 2ac, 1R, dalam Mukim 10, Sungai Bakau. Luas padang adalah 25ac. Pada mulanya sekolah ini terdiri daripada dua blok sahaja iaitu blok A dan blok B dan jumlah murid seramai 92 orang. Sekolah Kebangsaan Sungai Bakau dirasmikan oleh Menteri Pendidikan Malaysia, saudara Anwar bin Ibrahim pada tanggal 07 Januari 1987.

Guru Besar yang pertama ialah Cikgu Kassim b Abdullah dari 1987 sehingga 1991. Pada 26 Disember 2001, Sekolah Kebangsaan Sungai Bakau telah dinaik taraf dengan permulaan pembinaan 2 blok 4 tingkat, di atas padang seluas 25ac.

Blok 1 menempatkan dewan dan bilik kemahiran hidup dibahagian bawah, pejabat dan bilik guru di tempatkan di tingkat dua, bilik pendidikan seni visual bilik mesyuarat dan bilik kebal di tingkat 3 dan pusat sumber, bilik tayangan dan pusat akses di tingkat 4. Blok 2 pula menempatkan kedai buku, bilik rawatan dan setor sukan di aras bawah, tingkat 1 menempatkan bilik muzik, bilik komputer dan bilik sains, tingkat 3 menempatkan bilik darjah dan tingkat 4 menempatkan bilik darjah, surau dan setor SPBT.

Bangunan ini siap pada 6 ogos 2002 dan mula beroperasi selepas diluluskan pada bulan oktober 2002.

VISI SEKOLAH SK SUNGAI BAKAU

SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI BAKAU 
AKAN MENJADI SEKOLAH CEMERLANG 
PADA TAHUN 2014