Monday 25 August 2014

MISI SEKOLAH SK SUNGAI BAKAU

MEMASTIKAN PENCAPAIAN YANG CEMERLANG 
DALAM BIDANG KURIKULUM DAN KOKURIKULUM
SERTA MELAHIRKAN MODAL INSAN YANG BERKETERAMPILAN 
DI SAMPING MEMANFAATKAN GUNA TENAGA
WARGA SEKOLAH DAN KOMUNITI
DALAM MEWUJUDKAN SUASANA KONDUSIF
 KETAHAP OPTIMUM SELARAS DENGAN FALSAFAH
PENDIDIKAN KEBANGSAAN 


SEJARAH SEKOLAH SK SUNGAI BAKAU





Sekolah Kebangsaan Sungai Bakau ditubuhkan pada tahun 1985. Nama asalnya adalah Sekolah Kebangsaan Sungai Bakau Cawangan Sungai Acheh .

Luas sekolah adalah di atas tanah lot seluar 2ac, 1R, dalam Mukim 10, Sungai Bakau. Luas padang adalah 25ac. Pada mulanya sekolah ini terdiri daripada dua blok sahaja iaitu blok A dan blok B dan jumlah murid seramai 92 orang. Sekolah Kebangsaan Sungai Bakau dirasmikan oleh Menteri Pendidikan Malaysia, saudara Anwar bin Ibrahim pada tanggal 07 Januari 1987.

Guru Besar yang pertama ialah Cikgu Kassim b Abdullah dari 1987 sehingga 1991. Pada 26 Disember 2001, Sekolah Kebangsaan Sungai Bakau telah dinaik taraf dengan permulaan pembinaan 2 blok 4 tingkat, di atas padang seluas 25ac.

Blok 1 menempatkan dewan dan bilik kemahiran hidup dibahagian bawah, pejabat dan bilik guru di tempatkan di tingkat dua, bilik pendidikan seni visual bilik mesyuarat dan bilik kebal di tingkat 3 dan pusat sumber, bilik tayangan dan pusat akses di tingkat 4. Blok 2 pula menempatkan kedai buku, bilik rawatan dan setor sukan di aras bawah, tingkat 1 menempatkan bilik muzik, bilik komputer dan bilik sains, tingkat 3 menempatkan bilik darjah dan tingkat 4 menempatkan bilik darjah, surau dan setor SPBT.

Bangunan ini siap pada 6 ogos 2002 dan mula beroperasi selepas diluluskan pada bulan oktober 2002.

VISI SEKOLAH SK SUNGAI BAKAU

SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI BAKAU 
AKAN MENJADI SEKOLAH CEMERLANG 
PADA TAHUN 2014